Thursday, June 07, 2007

Long time no see

Hampir terlupa passwordku

Aku sekarang baru seminggu balik dari Pulau Tioman. Secara keseluruhan program nya adalah memang untuk berhoney moon dan makan-makan. Aku pergi dgn abang. Awisy tinggal kampung. Sib baik tak bawak. Kalau tak jenuh juga nak jaga dia. Memang lambchop saje hidangan Hotel Berjaya. Aku dan abang honeymoon abes!

Aku sudah antar initial unofficial memo kepada bos aku untuk resign sebab sebelum ni dia beritahu kena 3 bulan before. So aku mengikut kata. Semua kat sini dah heboh. Tapi aku tak hantar official letter lagi.Cadangnya minggu ni. Plan A tak menjadi, terpaksa buat Plan B. Tengah tunggu kejayaan plan B, elok jaya sahaja aku terus antar official letter. (yeehaaa!!)

Apapun aku pernah terbaca, seorang yang competetive enough tidak akan tahan lama disatu - satu tempat kerja. Mencari kepuasan bekerja atau mencari gaji yang lebih tinggi, atau mencari bos yang lebih baik adalah antara sebab-sebab best employee keluar ke tempat lain. Ya, begitu juga aku.

Rangkaian sudah mula melebar dan mendalam. Banyak yang perlu diusahakan lagi. Dan semakin ramai yang perlu dibantu.

Awisy sudah semakin besar dan comel nya begitu ketara sekali, nak nak pulak abah pegi potong rambut dia macam temenggung jugah (adeiii)

Rumah sudah siap dan aku tengah bertungkus lumus preparation untuk masuk rumah baru. Grill dan lampu sudah tempah cuma tunggu pasang sahaja. Memang excited sbb dah tak sanggup duduk rumah sekarang. Jiran bela anjing dan cucu cicit anjing segala anak anjing ada. Aku rasa rimas dan nak lari je. Sebab keadaan yang sgt kotor dan suka bakar sampah depan rumah. Oh ya satu lagi dia ada buat collection cat-cat.

Aku nak biar awisy main depan rumah pun pikir sejuta kali. Cepat2 rasa nak pindah sebab awisy semakin besar dan sudah pandai memilih. rasa bengang lately sbb kakak yang jaga dia dah tak tengok sgt dia kot. ada luka-luka kena gigit, jatuh..bengkak dsb. Aku tensen betul. Aku kalau tension sangat, aku malas nak fikir. Balik rumah tido jer.

"Awisy! gi syg ayah.Ibu tido..Ibu tension.."

Apa pun..

"ibu syg awisyyy.."

Wednesday, March 07, 2007

BENGANG

Tak tahu la kenapa.rasa bengang dan tak puas hati melanda.
Apapun kena cool kan diri
Mental dan emosi tidak kuat ni. Rasa dah down sangat dgn kerja
Apa pun aku sebenarnya tak suka diperintah mengikut orang atasan punya issue.
Arrghhhhh..

Aku nak berhenti kerja
MUKTAMAD

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, March 06, 2007

ADEI

AKU SBNARNYA DAH UPDATE TAPI HILANG

skrg dah tengok rumah, 2nd inspection

Friday, February 02, 2007

Kisah Kehidupanku

Salam all;
Lama tak update kat sini. Sebenarnya hampir terlupa tentang blog. Malam ni aku stay di ofis. Siapkan MAPS. Tak sempat nak buat sebenarnya. Tersangat busy. Actually aku cuti hari ni.Sepatutnya keluar menaja dengan kakKB. Tapi aku terpaksa ke ofis pagi tadi, jadi janji dengan dia jam 12 tghari.

Malangnya by 12, aku x dapat siapkan lagi. Downline pun nak bawak orang ke agensi dan Kakros nak pelapik tilam utk bagi kawan dia test. So aku dengan kelam kabutss nya keluar ofis.

Tengahari diAGENSI memang belum makan apa pun lagi jadi aku makan byoung utk alas perut. Selesai semua dalam 330 ptg. SETTLE 13,000 sale bulan ni. Aku kelam kabut pulak nak hantar mywords pada HQ untuk masuk dalam SCOPE bulan ini. Kalau sesapa dapat SCOPE zhulian nanti tengok gambar aku bahagian Qualified DSM.(TQ!)

Now time is very precious. POPO AKA awisy pun sudah besar.

MAU TENGOK DIA??? DIA DIDEPAN MATA..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, January 19, 2007

Aku sangat bz

Masuk group ni memang serabut
Aku tak menang tangan
Memang banyak menda nak buat. Rasa nak pitam
Takpelah
Janji senang hati

Saturday, December 30, 2006

FIGHT & KERJA

Bulan ini aku fight diamond.
Bulan ini juga aku kena handover kerja utk pindah department 3 jan 07
Alhamdulillah, dapat juga keluar.
Memang rasa lama tak update blog ni. Tak sempat. Sebok dengan CMMI dan juga activity lain.
Tadi jam 10 pagi pergi buat inspection rumah. Aku dah dapat kunci. InsyaAllah, coming soon memang berpindah ke sana. Tambah lagi satu activity. Apapun, hidup memang meriah kalau ada activity, kalau tak ada, kehidupan dan masa akan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa perubahan hidup.

Sekarang aku tengah menyiapkan kerja handover. Abang dan popo ada tido kat sebelah atas katil. Tetiba teringat tentang blog ..tu yang aku dok menulis ni.

Teringat masa pergi hungary hari tu. Memang seronok sangat. Bila agaknya nak merasa negara sejuk kali kedua. Abang memang membakar semangat aku untuk fight kali ni. Sebab baru ni dapat BONUS mencanak naik. Melebihi dari gaji aku.

Apa pun kena siapkan kerja dulu baru boleh keluar.

Thursday, December 07, 2006

CMMI n my company

Lots of arrangement to do
Aku rasa seronok buat kerja sekarang. Semua document perpindahan department sudah hantar cuma tengah prepare utk handover all my work sahaja. Management punya kerja is not as hard as researcher. Pikir plan dan yang execute nya researcher. kekeke..apa pun all my master works remain with me. Still i have to do research tapi takla seberat kepala as before. Bayangkan. Aku sudah mengagak dah all my husb work will be passed to me after he quit. Dan aku sebenarnya sudah bersedia untuk melepaskan semua itu. Jangan jadikan aku kambing hitam. Kerja banyak tapi yang dapat cemerlangnya orang lain. Sebab itulah pun husb aku keluar. Dan aku tak nak mewarisinya. Selamat tinggal ya!

Walaupun belum masuk business unit, aku dah memang sibuk dengan CMMI sbb aku one of committee menggantikan abang yang dah quit. Walaupun sibuk tapi aku senang hati. Gembira dan ceria selalu. Tak de susah susah mikirkan tentang appreciation. Of course, bila pergerakan kita transparent to the organization level, memang org nampak la kerja kita. Dari situ baru dpt appreciation. To whom it may concern (yg senasib dgn aku dulu), lakukan perubahan pada career anda ya..walaupun mungkin masuk ke mulut buaya, tapi janji hati senang.

Awisy pagi tadi nampak sayu. Pegang tangan ibu. Usap-usap. Semalam gigit bibir ibu sesungguh hati. Dia sangat suka menggigit sekarang ni. Berdarah tau..waaa...:(( Ibu nangis sakit. Masa dia gigit tu ibu tahan sakit sampai mengalir air mata. Kang tarik lagi sakit. akhirnya ibu tarik. Tengok cermin ada darah beku inside.

Tapi awisy dah tak nakal sgt. Dok dalam kereta dah pandai diam dan tak panjat2. Awisy tak dok dalam carseat. Macam org dewasa dia. Kekadang dok di pangkuan ibu. Kalo dok dalam carseat akan harus menangis sepanjang jalan.

Thought of the day:
Otak serabut tapi hati senang lebih baik dari otak tak serabut tapi hati tak senang.

TQ for reading.