Tuesday, July 04, 2006

Tersenyumlah..

Hari ini aku terasa nak berposting banyak. Kerana segala yang terpendam ingin diluahkan. Dan sebenarnya aku sudah tidak mampu menanggung seorang dibahu. Sebenarnya satu perkara telah berlaku. Paper master aku ditolak diKorea, The heart of technology of area yang aku usahakan. Sangat sedih. Dan dengki pun ada. Sebab abangnya paper diterima. Dengan komen yang sungguh memberangsangkan "interesting idea.."

Segala pandangan utk masa depan jadi kacau bilau. Sejak terima penolakan itu aku rasa terdemotivate. Terasa tak boleh nak teruskan. Terasa penat. Terasa hilang arah. Terasa hidup semua dlm kemalapan. Lebih-lebih lagi supervisor aku terlalu mengharap aku submit final thesis end of this year.

Kemurungan semakin menggila dalam diri. Keegoan juga semakin merosak hidup. Sehingga segalanya terpercik diwajah. Sehingga tempiasnya dapat dirasakan oleh kawan-kawan sekeliling. Selalu dihujani dlm diri masing-masing "salah aku kah??" - terpinga-pinga dgn keadaan aku-. Tetapi mungkin juga ada yang bertepuk tangan. Ah! sudah..pantang aku.

Sekian lama bermurung, semalam aku ke Agensi. Tempat aku mencari keceriaan. Talk dari Ustazah Amna semalam sangat memberangsangkan. Mengajar aku banyak perkara dalam hidup. "Allah benci kepada orang yang tidak mencuba dan memberi terlalu banyak alasan.." Aku sebenarnya terpinga. Kata-kata itu adalah utk orang yang selalu menolak peluang berbisnes direct selling dan selalu mengatakan tidak cukup masa. Tetapi firman Allah adalah umum. Aku ambil sebagai petunjuk.

Hari ini aku membuka kembali buku La Tahzan(jgn bersedih) yang aku beli 2 minggu lepas. Jari jemari aku membuka satu lembaran. Entah mungkin fikrah atau gerakan hati yang Allah beri , aku terbuka lembaran bertajuk "Tersenyumlah". Aku kongsikan bersama:

"Tiada yang membuatkan jiwa dan wajah menjadi muram selain keputusasaan. Maka jika anda menginginkan senyuman, tersenyumlah terlebih dahulu dan perangilah keputusasaan. Sesungguhnya kesempatan terbentang luas bagi anda dan semua manusia. Biasakan berfikiran optimis dan yakin akan masa depan yang lebih baik.

Jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha mengatasinya. Jika mereka melihat sebuah persoalan, mereka tersenyum. mereka turut tersenyum ketika sedang berusaha mengatasi persoalan dan tetap tersenyum ketika mampu mengatasinya. Sebaliknya jiwa yang muram akan melihat kesulitan dengan kesedihan, Setiap kali menemui kesulitan, ia akan meninggalkannya atau membesar-besarkannya, semangatnya mulai lemah dan membuat dalih.."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home