Wednesday, July 05, 2006

Tido la wisy ibu penat!

Sejak kebelakangan ni awisy tak nak tido. Pukul 3-4 pagi baru tido itupun setelah dipaksa dan kena marah. Yang bestnya dia pun marah ibu sebab tahan dia jgn pegi mana-mana. Semalam dia picit mulut ibu.Keras-keras badan tension - ibu tak bagi merayap. Mana taknya? Ibu nak tido jugak seharian berjaga. Lagipun dah pagi. Akhirnya semalam aku tak sahur. Cadangnya nak puasa hari ni. Aku dah siap beli peralatan memasak, dah peram ayam. Kunun nak surprise kat abang. Akhirnya aku terjaga kul 7.30 pagi. Adui stress. Awisy ntah cemane lena aku tak tahu sebab aku tak larat nak nengok dah. Yang aku tau lepas dia main-main aku tak pedulik, dia datang cium muka ibu. Baik nya awisy! Awisy sayang ibu…

Semalam ajar dia supaya berdiri. Dia tak nak berdiri asyik nak duduk jer.Bila diri nak joget. Dengar lagu jer joget.Suka hati dia. Tapi manja yang amat! Awisy dah ada 4 batang gigi. Pandai cakap “mememememeeee….neneneneneee…..” dan sangat faham kalau ibu sembang ngan dia. Dia suka pegang kaki sendiri dan gigit. Baru nak kenal kaki kot.

7 July aku pegi Seminar Kepimpinan Kebangsaan di JB. Weekend ni takde rumah. Abang ngan awisy duduk kampong. 20 July till 1 ogos ada special event. Nak gi umrah. InsyaAllah doakan aku baik-baik saje. Takut tapi nak pegi. Paksa diri sebenarnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home