Thursday, August 17, 2006

SKK Day 2 (8th July 06)

Hari ini hari yang penuh dengan talk. Seharian. Daripada seorang businessman berjaya. Ntah apa namanya aku pun tak hingat. Indian. Pelbagai persoalan tentang cara utk closing power. Memang dia terel. Ada satu permainan namanya permainan satu hengget. Setiap orang kena mintak satu hengget dari orang lain. Dan setiap orang juga di beri peluang utk menolak permintaan sebanyak 7 kali sahaja. Kali ketujuh dah kena beri sapa yg mintak. Then count lagik.

Aku main. 5 hengget sorang. Aku tak suka mintak duit kat orang.Tapi aku nak cuba. Aku nak tau apa akan aku dapat dari permainan ni. The game started. Aku mintak singgit kat semuaorang. Akhirnya count aku 7. Aku terpaksa beri singgit pada org yg mintak. Tapi sbnarnya aku tak faham. Sepatutnya kena count balik. Tapi aku TAK COUNT.orang ke 7 dan selepas nya aku beri. Sepatutnya dalam RULES tak boleh cakap lain selain dari mintak singgit. Tapi dlm ramai-ramai tu ada yang ugut aku lagi. “JANGAN TAK BAGI. TAK BAGI TAK JUJUR.” Sedangkan waktu tu aku tengah dok confuse mengira count aku. Akhirnya aku jatuh kesian. Orang sanggup melanggar rules utk sebuah ke’singgit’an. Lepas-lepas tu aku bagi jer sape yg mintak. Dan aku keluar. Ke toilet. Baru nak ke pintu, motivator tu tegur aku. Nak ke mana? Toilet. Tak nak habiskan permainan ke? Saya dah bankrupt. Duit dah habes. You boleh mintak balik!. Pegi mintak balik! Aku tegagau gagau. Aku tau boleh mintak balik. Tapi…..
Aku nak tekucil dah ni!!..aarrrrr…aku cakap kat dia.
Takpe, saya nak ke toilet dulu.

Elok aku abes toilet game pun abes. Aku x dapat balik duit aku 5 hengget.

Ada yang untung ada yang kalah dan bankrupt macam aku. Dia panggil orang bankrupt naik pentas. Aku malas naik. Rata-rata reason orang bankrupt adalah jujur. JUJUR!. Aku pun jujur. Aku IKUT RULES!. Tapi malangnya, orang yang dapat lebih dari modal dia (yang untung) ada taktik tersendiri. Dalam keadaan terdesak RULES sudah tidak menjadi protokol utama. Yang penting anda dapat. Ada taktik busuk yang lain menyimpan duit dan katakan pada org yang tanya tu dia tak ada duit. Ada juga yang lari dari pertanyaan, mengelak dari ditanya jadi dia tak payah count untuk memberi pada orang, sebaliknya dia banyakkan meminta dari orang.

Aku sedih waktu tu. Melihat betapa banyaknya taktik kotor. Strategi yang baik aku terima. Tapi itu lah hakikat dunia bisnes diluar sana. Banyak manusia dengan pelbagai ragam. Bermain taktik kotor. Sesuatu yang kita tidak dapat control.Yang penting kita kena bertahan. Aku beritahu super upline – (DiamondStar KakNa) aku. Aku TAK SUKA perkara macam ni dalam dunia yg aku ceburi. Aku rasa down terus!. Terus terang. Aku rasa marah. Aku rasa takut nak teruskan. Aku rasa kecewa dengan keadaan itu. Tapi HEBATnya orang yang dah berpengalaman ini KATANYA:

“Apa yang anda nampak disini ada satu pengajaran. Sebab itu kakna ajar diagensi MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Biar orang lain nak buat taktik kotor. Biarkan. Tapi kita JANGAN. Kakna percaya satu masa keikhlasan dan kebenaran kita terserlah jua. Sedikit demi sedikit anda belajar mematangkan diri dengan hakikat sebenar dunia diluar sana. By age 40 anda sudah cukup matang untuk melalui hidup. Tahniah kerana anda banyak belajar pada hari ini. Anda leader hebat.”

Lepas tu dia peluk aku. Dia tau aku sebak. Sebab aku menggigil bibir bila bercakap dengan dia.

Aku sedih. Aku nangis atas bahu dia. Bukan sebab aku tak kuat. Tapi sebab aku tak sangka kejujuran kita diambil kesempatan oleh orang-orang yang mempunyai agenda tersendiri diluar sana. Aku tak reti bisnes. Aku tak reti apa-apa. Tapi aku belajar bisnes. Ini hakikatnya.Aku ingat jujur dibalas jujur. Tapi TIDAK. Dalam dunia ini, SUSU dibalas TUBA.

Sebab itu kita selalu dengar, didalam bisnes orang selalu menyebut, kawan atau lawan, adik beradik atau sedara mara, tidak kira siapa,

BUSINESS IS BUSINESS.

AKU BELAJAR BANYAK HARI NI.
Sesuatu yang aku akan ingat sampai bila-bila.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home